"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"
No.IP anda ialah :

ERA Consumer Malaysia

Latar Belakang
 Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Malaysia (ERA CONSUMER MALAYSIA) adalah sebuah organisasi sukarela, bersifat bukan politik yang ditubuhkan di Ipoh, Perak pada tahun 1985. Kini, ERA CONSUMER-MALAYSIA telah berkembang menjadi sebuah organisasi kebangsaan yang bertempat di Kuala Lumpur. ERA CONSUMER MALAYSIA adalah sebuah organisasi kebangsaan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Malaysia 1966.

Wawasan
 Kini, pembangunan di Malaysia adalah berdasarkan kepada pengaruh pembangunan yang pesat dalam bidang perindustrian. Disebabkan oleh pembangunan pusat, peningkatan sosio-ekonomi yang semakin menjadi-jadi dan kualiti alam sekitar yang semakin terjejas, telah memberi impak dan kesan ke atas kehidupan, pendapatan dan masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang miskin yang tinggal di kawasan pedalaman. Keadaan ini turut membawa kepada pembangunan yang tidak mampan.

Visi
 
ERA CONSUMER MALAYSIA
mempunyai visi untuk mewujudkan sebuah organisasi untuk masyarakat yang mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dalam melindungi kepentingan pengguna sebagaimana mereka melindungi diri sendiri di samping mengamalkan corak hidup dan penggunaan yang mampan (lestari) dan bertindak secara adil dalam mengawal proses pentadbiran.

Misi

 
ERA CONSUMER MALAYSIA
berperanan sebagai sebuah badan penyelidikan, pendidikan dan sokongan. ERA CONSUMER MALAYSIA sentiasa membina jaringan hubungan dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang lain serta golongan masyarakat yang ditindas demi mempertingkatkan keupayaan di samping menggalakkan mereka supaya berinisiatif untuk turut melibatkan diri dalam bidang sosio-ekonomi, pertanian mampan kerajaan bertanggungjawab dan penjagaan alam sekitar.

Fokus

 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ERA CONSUMER MALAYSIA bertujuan untuk menggalakkan inisiatif masyarakat Malaysia dalam pelbagai isu seperti sosioekonomi, kerajaan bertanggungjawab, pertanian mampan dan penjagaan alam sekitar untuk memudahkan pengurusan sumber supaya masyarakat mempunyai lebih banyak pilihan selaras dengan keperluan dan minat masing-masing. Sejak penubuhannya, ERA CONSUMER memberi fokus kepada:


  1. PENYELIDIKAN - Berperanan sebagai sebuah pusat penjana pengetahuan, maklumat dan inovasi untuk menyokong maklumat pengguna, pendidikan, perlindungan dan proses pembangunan masyarakat mampan.
  2. SOKONGAN - Menganjurkan persidangan, bengkel dan penyebaran maklumat melalui media untuk penggubalan undang undang perlindungan pengguna, memperkukuhkan kedudukan wanita dan kanak-kanak dan meningkatkan kualiti alam sekitar
  3. PEMBERIAN KUASA - Bekerjasama dengan golongan yang kurang berkemampuan seperti pekerja, petani, orang asli, kanak-kanak dan wanita dalam melaksanakan pelbagai projek. Pada masa ini, tumpuan utama agenda kami adalah “The Self Reliant Community Project” untuk petani-petani miskin di kawasan pedalaman, pengguna dan masyarakat asli. Projek ini berisukan pendapatan mampan dan penggunaan keperluan asas melalui program kesihatan dan pendidikan kepenggunaan.
  4. RANGKAIAN - ERA CONSUMER MALAYSIA mempunyai jaringan hubungan yang luas dengan organisasi-organisasi di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa untuk mengukuhkan keberkesanan dalam arena pembangunan sosial.
  5. PENGAMALAN CARA HIDUP YANG MAMPAN - Mempromosikan cara hidup yang mampan melalui pendedahan kepada penggunaan dan kehidupan mampan kepada masyarakat yang miskin dan kurang berkemampuan supaya mereka berpeluang untuk memperolehi makanan yang selamat dan berkhasiat serta mampu menguruskan sumber semulajadi secara mampan.
  6. DOKUMENTASI - Menerbitkan buku, laporan dan artikel yang berkaitan dengan Undang-undang Pengguna, Keselamatan Makanan, Perdagangan dan Hak Asasi Manusia untuk tujuan rujukan dan advokasi.

Penyelidikan, Pendidikan dan Perlindungan Pengguna

 
ERA CONSUMER MALAYSIA
menjalankan penyelidikan yang berorientasikan “penyelesaian melalui tindakan” tentang masalah kepenggunaan dan kemasyarakatan yang mengancam pengguna. Organisasi ini turut mengambil inisiatif dalam menganjurkan program nasihat untuk pengguna samada secara individu atau kolektif.

ERA CONSUMER MALAYSIA
bekerjasama dengan organisasi masyarakat (Civil Society Organizations (CSOs)) dalam pelbagai isu kepenggunaan yang mengancam pengguna. Antara isu isu termasuk polisi kerajaan mengenai wanita, kanak-kanak, masyarakat tua, orang kurang upaya, isu alam sekitar, isu standard dalam barangan, makanan dan perkhidmatan pengguna.

ERA CONSUMER MALAYSIA
turut memantau samada perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak awam dan swasta seperti telekomunikasi, tenaga, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam memenuhi kepuasan dan keyakinan pengguna. Akhir-akhir ini, ERA CONSUMER MALAYSIA telah mengambil sebuah komuniti yang kurang berkeupayaan yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan pengangkutan awam dan kurang mendapat perhatian dan segi kemudahan telekomunikasi sebagai ‘komuniti angkat’,.

ERA CONSUMER MALAYSIA
juga terlibat secara aktif dalam pembentukan standard dan pemantauan barangan pengguna dan perkhidmatan di pasaran. ERA CONSUMER sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat terkini berkenaan dengan standard dan perlaksanaannya. ERA CONSUMER juga giat menganjurkan program pendidikan mengenai standard dan Codex Alimentarius (Kod Makanan) kepada pelbagai kumpulan sasaran.

ERA CONSUMER MALAYSIA
telah memainkan peranan penting semasa persidangan parlimen dengan memberikan ulasan mengenai penggubalan Akta Perlindungan Pengguna
1999 dan kini sedang dalam proses memantau pelaksanaan dan keberkesanan akta tersebut. ERA CONSUMER juga telah menjalankan pelbagai penyelidikan kepenggunaan. Buat masa ini, ERA CONSUMER sedang menjalankan satu tinjauan semula Akta Jualan Langsung 1993 memandangkan terdapat teknologi baru dalam pasaran dan kemunculan skim cepat kaya. Antara kajian-kajian lain ialah meninjau semula Akta Pemaju Perumahan 1966 yang tidak mengutamakan kepentingan pengguna. Keputusan kajian ini akan diserahkan kepada kerajaan untuk perubahan polisi.

ERA CONSUMER MALAYSIA
telah terlibat secara aktif di dalam program-program yang berkaitan dengan alam sekitar; seperti penggunaan aerosol dan CFC. Salah satu aktiviti ERA CONSUMER baru-baru ini yang telah meraih kejayaan adalah kempen menyelamatkan Bukit Larut, Perak iaitu bukit yang tertua di Malaysia daripada pembangunan tidak mampan melalui kempen tandatangan daripada penduduk serta menjalankan satu kajian biologi tentang flora dan fauna di Bukit Larut.

ERA CONSUMER MALAYSIA
telah menubuhkan “CORPORATION WATCH’ untuk memantau kesan pengglobalisasian syarikat-syarikat antarabangsa (Transnational Companies) ke atas masyarakat Malaysia. Kuasa yang ada pada syarikat-syarikat antarabangsa ini banyak mempengaruhi kehidupan dan cara hidup masyarakat umum dari segi sosial dan alam sekitar. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat antarabangsa ini dikawal dan diawasi agar kepentingan pengguna dapat dilindungi.

Pentadbiran yang bertanggungjawab dan Pendidikan Hak-Hak Asasi Manusia

 Pengenalan kepada hak-hak asasi manusia ternyata tidak terbahagi dalam mengejar pembangunan semata. Di negara membangun seperti Malaysia, pengenalan dan penghormatan hak-hak politik, sosial, kebudayaan dan ekonomi adalah asas kepada perlindungan maruah, kesamaan, keadilan, keamanan dan kebebasan semua. Untuk mewujudkan sesebuah masyarakat sivil yang akan mempertahankan hak-hak asasi mereka yang mana telah dipengaruhi oleh pembangunan pesat, rakyat hanya akan mendapat kuasa melalui pendidikan hak-hak asasi manusia.

Keperluan untuk mendapat pendidikan hak-hak asasi manusia termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan dalam beberapa dokumen antarabangsa dan triti.

ERA CONSUMER MALAYSIA
telah diberi mandat sebagai Penyelaras Kebangsaan Program Pendidikan Hak-hak Asasi Manusia di Malaysia melalui perundingan Organisasi Masyarakat Kebangsaan (Civil Society Organizations-CSOs) yang diadakan pada tahun 1999. Dengan itu, bahagian Hak Asasi Manusia (Human Rights-HR) di ERA CONSUMER MALAYSIA telah mengendalikan pelbagai program dan latihan pendidikan hak asasi manusia di seluruh Malaysia. Di antaranya termasuk:

Bengkel Hak Asasi Manusia (HRTP)
HRTP merupakan salah satu program utama yang diadakan setiap tahun. Bahagian HR mengendalikan 8 hingga 10 bengkel latihan setiap tahun yang memberi tumpuan khususnya kepada belia-belia yang berumur di antara 17 hingga 35 tahun. Kebanyakan bengkel latihan ini diadakan di kawasan luar bandar atau di kawasan pedalaman, disebabkan oleh kurang perhatian diberikan ke atas komuniti di kawasan ini. HRTP memberi fokus dalam mempertingkatkan pengetahuan dan maklumat mengenai hak asasi manusia seperti hak kebebasan bersuara, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, kebebasan daripada diseksa, undang-undang dan triti, kuasa polis serta membina kemahiran untuk tujuan dokumentasi.

Program Pendidikan mengenai Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
ERA CONSUMER MALAYSIA
bekerjasama dengan Organisasi Masyarakat (Civil Society Organisations (CSOs)) telah menganjurkan kempen Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia pada tahun 1999 setelah kerajaan Malaysia mengumumkan cadangannya untuk menubuhkan Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia (National Human Rights Commission-NHRC). Sejak itu, bahagian HR telah mula memantau penubuhan dan segala aktiviti yang dijalankan oleh NHRC yang kini dikenali sebagai SUHAKAM. ERA CONSUMER MALAYSIA telah mengelolakan seminar-seminar kebangsaan dan bengkel-bengkel latihan untuk mempromosikan fungsi SUHAKAM kepada masyarakat awam.

Bahagian Hak Asasi Manusia telah membuat penterjemahan dan penerbitan pelbagai Triti Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah diterima pakai oleh United Nation dalam Bahasa Malaysia. Penterjemahan mi dibuat untuk memastikan bahawa komuniti-komuniti yang ditindas dan organisasi-organisasi bukan kerajaan dapat memahami dan akan menggunakannya untuk memajukan lagi kerja-kerja pembangunan mereka untuk penduduk-penduduk pedalaman yang miskin dan yang mudah terancam.

Pembangunan Mampan: Jaminan Makanan dan Pertanian Mampan


Bahagian Pembangunan Mampan (Sustainable Development - SD) bertujuan untuk mempromosikan pertanian mampan yang memastikan sesebuah keluarga mendapat jaminan makanan. Di samping itu, ia turut membangunkan sektor pedalaman supaya dapat menjadi sebuah komuniti yang stabil dan segi ekonomi dan mempunyai sikap berdaya maju yang tidak bergantung kepada orang lain. Sikap mampu berdikari dalam konteks ini bermaksud keupayaan untuk memastikan pengeluaran yang memadai dan penggunaan mampan untuk memperolehi mata pencarian yang berterusan dengan kemampuan untuk berunding dengan komuniti-komuniti yang lain dalam istilah yang lebih saksama.

Secara khususnya, bahagian SD bertujuan untuk:
  • Mewujudkan persefahaman dan hubungan yang erat di kalangan komuniti di kawasan pedalaman di mana mereka merupakan golongan yang mnudah terancam dan tidal bernasib baik.
  • Memberikan pengalaman dan pendedahan ke atas sistem pembangunan produktiviti tempatan, perusahaan luar bandar dan rangkaian pembinaan dan ketahanan golongan petani.
  • Meningkatkan kualiti hidup komuniti dan menguatkan daya ketahanan sosial serta keupayaannya untuk menyerap segala perubahan dan peluang yang ada dalam pembangunan yang kian pesat ini.
  • Memperkenalkan pendekatan untuk menguruskan sumber alam semulajadi di kawasan pertanian untuk direplikasikan melalui program pertukaran petani.
  • Program pertanian mampan, jaminan makanan dan pembanguñan mampan merupakan komponen utama ERA CONSUMER MALAYSIA dalam pembikinan gabungan makanan, pertanian, perdagangan dan ekonomi. Bahagian SD memastikan keselamatan makanan dapat dicapai melalui pertanian mampan yang berasaskan perdagangan saksama yang mana keadilan ekonomi dapat dicapai melalui penyertaan formal dan tidak formal ekonomi pertanian.
  • Bahagian SD juga sentiasa menghubungkaitkan tindakan dan prihatinnya terhadap pengguna dan petani mengenai isu keselamatan makanan.
  • Bahagian SD kini sedang menyelidik polisi perdagangan serantau dan antarabangsa, iaitu ASEAN Free Trade Area Agreement (AFTA), Agreement on Agriculture(AoA), Trade Related Intellectual Property Rights(TRIPs), Convention on Biological Diversity(CBD),dan kesannya ke atas petani-petani dan pengguna miskin berhubungkait dengan pendedahan dan kawalan terhadap beberapa jenis ubat, tanah, biji benih, pengetahuan asli dan air.

Tiada ulasan: