"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"
No.IP anda ialah :

CONTOH TELEKOMUNIKASI

telegraf
penghantaran jarak jauh pesanan bertulis tanpa sebarang pengangkutan fizikal huruf.Telegraf wayarles juga dikenali sebagai CW (singkatan untuk continuous wave dalam bahasa Inggeris, iaitu gelombang selanjar).Pesanan telegraf yang dihantar oleh operator dengan menggunakan kod morse iaitu satu bentuk kod aksara iaitu urutan-urutan elemen panjang pendek yang terselaras untuk melambangkan huruf,angka,tanda baca dan lain2 elemen.

telefon
alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. terdapat dua jenis telefon
1. telefon awam - mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.
2. telefon bimbit -  telefon tanpa wayar,kecil dan ringan serta mampu dapat menghantar pesanan mesej ringkas kepada mereka yang memiliki telefon yang berciri sama.

televisyen
televisyen pula ialah penyiaran gambar bergerak beserta bunyi menerusi kabelatau udara atau skrin pada kaca televisyen. contoh televisyen di Malaysia
1. rtm (tv1 & tv2)
2. tv3
3. tv9
4. ntv7
5. astro (siaran berbayar)

radio
Malaysia mempunyai siaran radio tempatan dan juga kebangsaan. Stesen-stesen radio di Malaysia dibina bagi membolehkan integrasi nasional yang dapat menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat. Para pendengar juga mendapat hiburan. contoh radio
1. klasik nasional
2. johor fm
3. best 104
4. ERA fm
5. HOT fm

sistem pesanan ringkas (SMS)
perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek.SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video namun di panggil MMS.

3G
singkatan untuk "Generasi Ketiga", ialah piawai dan teknologi telefon bimbit generasi ketiga yang menyusuli 2G.rangkaian 3G merupakan rangkaian telefon bimbit kawasan luas yang berkembang sehingga merangkumi capaian internet kelajuan tinggi serta juga telefon video. Ia merupakan teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio, dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer riba. Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada teknologi 2G.

internet
singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-networkrangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian.menggunakan perotokol kawalan penghantaran dan protokol internet sebagai pertukaran paket (packet switching communication protocol).Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet dan cara untuk menghubungkannya di panggil internetworking.

internet tanpa wayar - WIFI
piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN - Wireless Local Area Network).Kelebihan Wi-Fi ialah ia berasaskan piawaian IEEE 802.11, manakala jarak capaian juga jauh iaitu antara 75 hingga 125 meter.


Tiada ulasan: