"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"
No.IP anda ialah :

APAKAH STANDARD?


Apakah Standard?

Standard adalah rujukan yang digunakan untuk memastikan produk dan perkhidmatan, berfungsi dengan selamat dan sepertimana yang sepatutnya. Standard juga memastikan pegeluaran produk dan pemberian perkhidmatan di mana-mana sahaja mempunyai kualiti yang konsisten. Jika anda berkunjug ke restoran McDonald di Thailand, McChicken yang dijual di situ mempunyai rasa yang sama dengan McChicken yang dijual di Malaysia. Ukuran kertas A4 adalah sama di mana-mana sahaja, di dunia.

Standard Dalam Kehidupan Harian

Apabila anda membeli buku kerja bagi mengulangkaji matapelajaran Sains, anda akan dapati bahawa semua penerbit buku kerja tersebut telah merangkumi topic-topik yang sama walaupun cara pembentangan mereka berlainan. Tetapi bagaimanakah anda akan memastikan buku kerja Sains yang anda beli adalah sesuai dengan cara pembelajaran anda? Anda mungkin mempunyai satu set kriteria atau ciri-ciri yang perlu dipenuhi oleh buku kerja tersebut. Mungkin anda inginkan susunan soalan berdasarkan soalan tahun-tahun lepas ataupun format topikal.

Ciri-ciri yang anda inginkan itu disebut set kriteria atau standard. Standard yang anda tetapkan membantu anda di dalam mencari buku kerja yang paling sesuai dan mudah difahami oleh anda.

Standard memainkan peranan yang penting apabila kita mempertimbangkan hal-hal pengguna dan perniagaan atau perdagangan. Oleh itu, standard diberi makna seperti berikut: “Standard adalah persetujuan yang telah didokumenkan untuk mengeluarkan produk dan pemberian perkhidmatan yang mematuhi kriteria yang ditetapkan. Kriteria ini pula didokumenkan.” Kriteria (atau standard) di atas memastikan pengguna mendapat produk atau menerima perkhidmatan yang selamat dan memberi perlindungan kepada pengguna.

Jika sesuatu telefon bimbit tidak mengikuti standard, telefon bimbit tersebut mungkin akan mengeluarkan sinaran atau radiasi yang mungkin mengancam kesihatan pengguna telefon bimbit tersebut. Begitu juga, jika pengeluar bateri tidak megikuti standard, maka penggunaan bateri tersebut mungkin akan merosakkan peralatan elektrik anda dan bateri itu sendiri tidak akan tahan lama.  Oleh kerana itu para pengguna tertipu dan tidak puas hati.

Standard juga memastikan produk yang diimport dari luar negara boleh digunakan di Malaysia. Kereta yang diimport dari Jepun boleh digunakan di jalan raya di Malaysia. Coklat yang dibuat di England boleh dimakan oleh pengguna di Malaysia. Pemain cakera padat dari Korea dan komputer dari Taiwan pun boleh digunakan di Malaysia tanpa apa-apa masalah penyesuaian. Oleh itu standard membantu meningkatkan peluang dan keuntungan perniagaan. Standard juga memastikan produk-produk import yang cacat atau mengalami kerosakan tidak dijual kepada pengguna-pengguna di Malaysia.

Oleh yang demikian standard memastikan para pengguna mendapat produk yang selamat, mudah digunakan, sesuai untuk diguna-pakai dan tahan lama. Standard juga memudahkan perdagangan antara negara dan juga melindungi keselamatan pengguna.

Organisasi yang menunjukkan / memberi maklumat tentang pematuhan mereka kepada standard  membolehkan pengguna membuat keputusan yang bijak semasa membuat pembelian dan yakin dengan keputusan mereka bahawa produk atau perkhidmatan selamatn digunakan dan akan berfungsi seperti yang sepatutnya.
 
Persatuan Pengguna Pengguna Standard Malaysia merupakan organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada bulan September 2004 dengan sokongan daripada Jabatan Standard Malaysia — sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)


Persatuan Pengguna pengguna Standard mewakili pengguna dalam pembangunan standard di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam usaha meningkatkan kualiti hidup pengguna, kesejahteraan alam sekitar dan perkembangan industri, Standards Users membela kepentingan mematuhi keperluan standard berkaitan keselamatan alam sekitar oleh organisasi organisasi dan juga individu

Visi

Standards Users bertujuan menjadi badan akreditasi pilihan untuk produk dan perkhidmatan pengguna dan seterusnya menjadi organisasi dengan kedudukan kewangan tersendiri dan berasaskan nilai-nilai tanggungjawab sosial

Misi

Kami ingin mewujudkan kesedaran tentang kepentingan standard untuk keselamatan pengguna dan pembangunan industri melalui memperkasakan kendiri dan pengiktirafan antarabangsa. Kami ingin mencapai nilai-nilai tersebut berdasarkan
 

  1. kualiti
  2. dedikasi
  3. keikhlasan
  4. hormat
  5. kebertanggungjawaban
  6. kerjasama

Tiada ulasan: